Saksikan Trailer Pertama Red Dead Redemption 2 Untuk PC Dalam Resolusi 4K Penuh Memukau

Dua minggu lalu, Rockstar telah mengumumkan secara rasmi bahawa Red Dead Redemption 2 akhirnya bakal dilancarkan ke platform PC.

Terbaru, mereka telah mengeluarkan satu trailer yang sangat dinanti-nantikan. Videonya hanyalah berdurasi 1 minit, namun ia sudah cukup untuk memaparkan grafik penuh memukau dalam resolusi 4K/60fps serta disulam dengan muzik yang penuh syahdu.

Jom tonton:

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan ke platform PC melalui Rockstar Games Launcher dan Epic Games Store pada 5 November ini. Ia akan dilancarkan ke Steam pula pada Disember nanti.

Red Dead Redemption 2 telah dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One pada 26 Oktober 2018. Korang boleh baca reviu kami untuk game ini di sini.

JomKomen!