in , , , ,

Saksikan Trailer Pertama It Takes Two – Game Co-Op Untuk Pasangan Sedang Berkelahi

Selain mengumumkan para pemenang untuk setiap kategori anugerah, The Game Awards 2020 yang berlangsung pagi tadi turut memperlihatkan banyak trailer baharu untuk game-game akan datang.

Antara game yang memaparkan trailer buat kali pertama ialah It Takes Two — sebuah game co-op dari pembangunan yang sebelum ini telah membangunkan sebuah lagi game co-op yang bagus, A Way Out.

Trailer pertama It Takes Two yang diperlihatkan sendiri oleh orang kuat Hazelight Studios, Josef Fares ini memaparkan gameplay penuh aksi yang ceria — menceritakan seorang pasangan suami isteri yang kini sedang menghadapi masalah rumah tangga. Mereka berdua telah bertukar menjadi anak patung ke dalam dunia fantasi atas sebab tertentu, dan untuk keluar dari sumpahan ini, mereka harus bekerjasama dalam menyelesaikan misi yang diberi.

Sama seperti A Way Out, It Takes Two merupakan sebuah game co-op yang perlu dimainkan oleh dua orang pemain, tidak boleh kurang, tidak boleh lebih, sama ada secara online mahupun local multiplayer.

Juga menggunakan model bisnes yang sama seperti A Way Out, sekiranya bermain secara online, seorang pemain sahaja perlu membeli It Takes Two, yang mana pemain kedua boleh menyertai pemain pertama (sudah membeli) itu secara percuma.

Jom saksikan trailer pertama It Takes Two:

Melalui trailer ini, tarikh pelancarannya juga telah diumumkan. It Takes Two akan dilancarkan pada 26 Mac 2021 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us Part II Ungguli The Game Awards Sebagai ‘Game of the Year’ Dan 6 Kategori Lain

PS5 Dilancarkan, Kini Sony Tawarkan Diskaun Bundle PS4 Bermula RM999