Apple TV+ telah memperlihatkan trailer pertama untuk sebuah filem baharu yang berjudul Tetris.
Filem ini akan mengisahkan bagaimana game Tetris yang kita kenali itu menjadi sebuah fenomena global. Kita akan dibawa mengenali bagaimana software engineer dari Soviet Union, Alexey Pajitnov mencipta game tersebut.
Taron Egerton, yang terkenal dengan lakonannya dalam siri filem Kingsman, akan membawakan watak Henk Rodgers, iaitu insan yang bertanggungjawab membawa game tersebut keluar dari USSR sehingga ia dikenali di seluruh dunia.
Filem Tetris akan mula ditayangkan di Apple TV+ bermula 31 Mac 2023.
Comments
Loading…