Beberapa hari lalu, Netflix telah mengejutkan ramai dengan mengumumkan siri anime adaptasi dari video game milik Valve, Dota 2, serta memperlihatkan trailer acah pertama.
Terkini, Netflix telah mengeluarkan trailer penuh untuk DOTA: Dragon’s Blood, memaparkan sedikit jalan ceritanya, dan tentunya menunjukkan lebih banyak aksi naga.
Jom layan:
DOTA: Dragon’s Blood mengisahkan Davion, Dragon Knight tersohor yang bertekad untuk menghapuskan kesengsaraan dari muka bumi. Apabila bertembung dengan puteri mulia dan purba bernama Mirana yang dalam misinya tersendiri, karakter Dota 2 ini akan terlibat dengan peristiwa-peristiwa lebih besar yang tidak pernah beliau bayangkan.
Pelakon suara untuk Davion ialah Yuri Lowenthal, iaitu pelakon suara untuk Peter Parker dalam Marvel’s Spider-Man yang dibangunkan Insomniac Games.
Siri anime ini dibikin oleh Studio MIR, Ashely Edward Miller (X-Men: First Class, Thor and Black Sails) sebagai penulis dan penerbit eksekutif serta Ryu Ki Hyun sebagai penerbit eksekutif bersama.
DOTA: Dragon’s Blood akan menyajikan 8 episod yang akan ditayangkan di seluruh dunia di Netflix bermula 25 Mac ini.
Comments
Loading…