Pejam celik, kita menghampiri kira-kira dua minggu lagi sebelum bertemu dengan tarikh pelancaran untuk sebuah game Star Wars yang sangat dinantikan pada tahun ini.

EA dan Respawn Entertainment telah mengeluarkan video trailer pelancaran untuk Star Wars Jedi: Fallen Order. Trailer kali ini pendek sahaja, iaitu sekitar 1 minit, namun ia memaparkan lebih banyak aksi pertarungan lightsaber. Paling menarik perhatian ialah pertarungan antara Cal Kestis dengan seorang daripada ahli Imperial Inquisitors yang bersaiz lebih besar, menggunakan double-bladed lightsaber seperti Darth Maul.

Jom layan:

Star Wars Jedi: Fallen Order akan dilancarkan pada 15 November 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!