in , , ,

Saksikan Trailer Gameplay Rasmi GigaBash – Kini Dilancarkan Untuk PC, PS5 & PS4

Passion Republic merupakan studio yang berpangkalan di Malaysia yang sebelum ini sering membantu studio-studio besar membangunkan game-game AAA seperti Elden Ring, Marvel’s Spider-Man, Ghost of Tsushima, Stray dan banyak lagi.

Kini, Passion Republic telah melancarkan game yang dibangunkan sepenuhnya oleh mereka iaitu GigaBash yang sudah boleh dimainkan di PC (Steam, Epic Games Store), PS5 dan PS4.

GigaBash adalah sebuah game brawler, membawakan karakter-karakter raksasa gergasi yang diinspirasikan daripada filem-filem kaiju. Ia boleh dimainkan secara solo, local co-op dan online co-op.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selain Black Panther, EA Dilaporkan Turut Membangunkan Game Single-Player Iron Man

Yeeha Games: Platform Game Mobile Baharu, Game Pertama Midgard Saga Dibuka Untuk Pra-Daftar