Menu
in , , , ,

Saksikan Trailer Dan Gameplay Pertama Hyper Scape – Battle Royale Futuristik Percuma Dengan 100 Pemain

Setelah butiran tentang game ini tertiris beberapa hari lalu, Ubisoft akhirnya telah mengumumkan secara rasmi Hyper Scape.

Seperti yang kita ketahui sebelum ini, Hyper Scape merupakan sebuah game battle royale bertemakan futuristik yang mengumpulkan sehingga 100 pemain dalam satu-satu perlawanan. Game ini akan memfokuskan kepada pertempuran close-quarters dan fast-paced yang akan membawakan lebih banyak kombat secara vertikel. Paling penting, Hyper Scape adalah percuma untuk dimainkan (free-to-play).

Dua mode diumumkan setakat ini, iaitu skuad yang terdiri daripada 3 pemain dan solo.

Menggunakan latar belakang masa hadapan pada tahun 2054, pemain akan berentap dalam satu bandar maya yang digelar Neo Arcadia.

Tiada sebarang acara khusus yang diadakan bagi mengumumkan game ini. Sebaliknya, Ubisoft hanya mengeluarkan satu trailer, dan telahpun membuat persiapan awal melalui kerjasama bersama streamer di Twitch dan Youtuber tersohor.

Ini trailer rasmi pertama Hyper Scape dan trailer penerangan overview:

Korang boleh layan ramai streamer yang sedang bermain Hyper Scape di Twitch sekarang, atau korang boleh tonton beberapa Youtuber yang sudahpun mencuba game ini di bawah:

Pada waktu ini, Hyper Scape masih lagi dalam percubaan teknikal di PC yang hanya boleh dimainkan oleh beberapa streamer Twitch yang terpilih. Para penonton juga boleh menyertai streamer tersebut melalui Twitch Drops, namun slot sangatlah terhad.

Hyper Scape akan dilancarkan sepenuhnya untuk PC, PS4 dan Xbox One. Walau bagaimanapun, tarikh pelancarannya belum didedahkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version