Sony Interactive Entertainment melebarkan sayap dengan memasuki pasaran game mobile Android dan iOS melalui game berjudul Minna No Golf (Everybody’s Golf).

Everybody’s Golf merupakan free-to-play game dibangunkan oleh ForwardWorks dan seperti game mobile lain biasa, ada pembelian in-game (microtransactions) juga. Game ini akan mempamerkan tempat padang golf yang berbeza dan anda boleh menyertai pelbagai kelab golf. Selain itu, terdapat juga banyak character customization items untuk pemain golf anda. Game ini akan dilancarkan untuk kedua-dua Android dan iOS.

Untuk masa kini, pemain Jepun boleh mendaftarkan diri untuk pra-pendaftaran melalui Facebook, Twitter atau Line. Bonus ganjaran akan diberikan kepada pemain yang berjaya mendaftar semasa pra-pendaftaran.

Game mobile ini dilancarkan untuk Jepun sahaja buat masa sekarang tetapi game ini akan dilancarkan di seluruh dunia akan datang. Buat masa kini, Sony ingin lihat dulu bagaimana sambutan pasaran game mobile di Jepun dan benua Asia dahulu sebelum meluaskan lagi pasaran mobile ke negara lain.

Jika anda lebih berminat untuk Everybody’s Golf versi konsol, Everybody’s Golf akan dilancarkan khas untuk PS4 sempena menyambut siri ke-20 tahun Everybody’s Golf/Hot Shots Golf pada 29 Ogos di Amerika Utara, 30 Ogos di Eropah dan 31 Ogos di Jepun. Anda boleh tonton trailer pengumuman Everybody’s Golf di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=jbv5qnspMQg

JomKomen!