Berperang menentang soldadu dan raksasa di dalam Fire Emblem Warriors sebagai Marth, Xander, Corrin, Ryoma dan hero-hero Fire Emblem yang lain!
Fire Emblem Warriors akan menampilkan kerajaan dan karakter baru, dan hero-hero dari siri Fire Emblem yang lain akan turut menyertai pengembaraan korang.
Dengan gerakan ala Dynasty Warriors, setiap hero akan mempunyai gerakan, serangan senjata dan dialog tersendiri. Korang boleh menggabungkan 2 hero sebagai satu unit untuk melakukan kombo yang ganas!
Weapon triangle klasik akan kembali dimana korang perlu tukar antara hero Fire Emblem untuk mendapat kelebihan di medan perang, sambil mengeluarkan arahan kepada hero-hero yang sedang bertempur.
Fire Emblem Warriors akan diterbitkan eksklusif untuk Nintendo Switch dan Nintendo 3DS antara September ke Disember 2017.
Comments
Loading…