in , ,

Saksikan Trailer Baharu The Witcher: Nightmare of the Wolf, Bersedia Untuk Tayangan Bulan Ini

Setelah memaparkan trailer penuh pertama pada bulan lalu, Netflix kini telah memperlihatkan trailer penuh kedua untuk The Witcher: Nightmare of the Wolf.

Dalam trailer kali ini yang berdurasi selama 2:16 minit, ia memaparkan lebih pertempuran penuh aksi, ganas dan berdarah, lebih ramai Witcher lain, raksasa yang lebih menakutkan, memaparkan Vesemir ketika kanak-kanak serta tentunya, satu babak ikonik wajib dalam francais The Withcer, Vesemir berendam di dalam tab mandi.

Jom layan:

Barisan pelakon suara berbahasa Inggeris yang membintangai watak-watak utama ialah Theo James sebagai Vesemir, Lara Pulver sebagai Tetra, Graham McTavish sebagai Deglan, dan Mary McDonnell sebagai Lady Zerbst. Durasi tayangan filem anime ini adalah selama 81 minit atau 1 jam 21 minit.

The Witcher: Nightmare of the Wolf merupakan prekuel kepada musim pertama live-action The Witcher di Netflix, yang membawakan Vesemir, mentor kepada Geralt, semasa muda sebagai watak utama.

Untuk filem anime ini, Netflix akan bekerjasama dengan studio terkenal dari Korea, Studio Mir — yang pernah mencipta The Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.

The Witcher: Nightmare of the Wolf akan mula ditayangkan di Netflix pada 23 Ogos ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemain Ini Tukar PS2 Kepada Platform Bimbit – Macam Switch Versi Sony Tapi Era 2000

Ciri Haptic Feedback Dalam Controller PS5, DualSense Sebenarnya Diinspirasi Daripada Peranti Mobile