in , ,

Saksikan The Last of Us Part II Direka Semula Berdasarkan Grafik Dan Gameplay Seperti PS1

Dreams merupakan sebuah game PS4 terbaru yang mana pemain boleh mencipta bermacam-macam dunia dalamnya tanpa had.

Terbaru, Youtuber Bearly Regal telah mencipta semula gameplay The Last of Us Part II sepenuhnya dalam Dreams. Namun, apa yang membuatkan rekaan ini sangat menarik ialah ia kelihatan seperti sebuah game yang dilancarkan untuk konsol PS1.

Dari logo PlayStation klasik semasa permulaan, logo Naughty Dog, menu yang serba ringkas, kesan bunyi serta grafik dan gameplay yang sangat mencerminkan seumpama PS1. Korang harus lihat rekaan yang cukup kreatif ini di bawah:

The Last of Us Part II (yang sebenar-benarnya) akan dilancarkan pada 29 Mei 2020, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Battlefield Seterusnya Disahkan Untuk Konsol Generasi Akan Datang

Pengarah God of War Bercita-Cita Game Itu Dijadikan Siri Netflix