Menu
in , , , ,

Saksikan Teaser Pertama Rainbow Six Extraction – Sesuatu Misteri Telah Merebak

Semalam, Ubisoft telah mengumumkan apakah judul rasmi baharu untuk game shooter mereka seterusnya, iaitu Rainbow Six Extraction.

Terbaharu, menjelang pendedahan penuh yang bakal mereka adakan pada hujung minggu ini, Ubisoft telah berkongsikan satu teaser trailer pendek — memaparkan sinematik sesuatu yang misteri telah merebak dan meracuni persekitaran seakan Venom.

Jom layan:

Asalnya, ketika pertama kali diumumkan pada 2019, ia dikenali sebagai Rainbow Six Quarantine. Namun, setelah seluruh dunia diserang pandemik pada awal 2020, judul ‘Quarantine’ nampaknya kelihatan agak sensitif.

Sebelum ini, Ubisoft ada menggunakan judul Rainbow Six Parasite sebagai nama sementara bagi menggantikan Quarantine, sementara mencari judul yang lebih sesuai.

Kini, judul baharu dan rasminya adalah Rainbow Six Extraction.

Pendedahan penuh mengenai game ini bakal diadakan semasa acara Ubisoft Forward yang akan berlangsung pada 13 Jun ini, 3 pagi (waktu Malaysia).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version