in , ,

Saksikan Semua Trailer Semasa Acara Khas PS5 – Final Fantasy XVI, Hogwarts Legacy, God of War, Banyak Lagi

Akhirnya perang psikologi pendedahan harga sudah tamat setelah Sony mengumumkan harga PS5 yang bakal dipasarkan pada 19 November 2020 untuk seluruh dunia. Jika korang tak sempat tonton siaran langsung pada awal pagi tadi, kami sudah pun mengumpulkan semua video trailer untuk korang layan!

PlayStation 5 Showcase – Pembuka Tirai

Memperkenalkan PlayStation Plus Collection yang membolehkan korang memainkan game-game PS4 yang sedia ada untuk dimainkan pada hari pertama pelancaran PS5.

Final Fantasy XVI

FF XVI adalah game RPG terkenal yang diterbitkan oleh Square Enix, eksklusif untuk platform konsol di PS5.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales – Gameplay Demo

Demo Marvel’s Spider-Man: Miles Morales ini dimulakan dengan Miles dan rakan baiknya, Ganke Lee, berjalan melalui kawasan Harlem East ke perhimpunan pilihan raya untuk ibu Miles sambil menyaksikan bagaimana gameplay.

Hogwarts Legacy

Hogwarts Legacy adalah sebuah game open-world dari universe Harry Potter yang terkenal. Dari merebus posyen dan mengenali haiwan menakjubkan, game ini bakal datang ke PS5, Xbox Series X, dan PC pada 2021.

God of War: Ragnarok

Siri ke-5 dalam francais God of War berjudul Ragnarok membuat penampakan pertama dengan logo terbaru. God of War: Ragnarok akan diterbitkan pada 2021 menyambung dari kisah Kratos dan anaknya Atreus, sekuel kepada God of War (2018).

Demon’s Souls

Antara game paling hard-core, Demon’s Souls mendapat sebuah remake yang menakjubkan oleh JAPAN Studios dan Bluepoint Games.

Fortnite

Saksikan bagaimana Fortnite akan kelihatan di PlayStation 5 dengan Unreal Engine 4. Fortnite akan tersedia untuk dimainkan secara percuma di PS5 pada hari pelancaran.

Five Nights At Freddy’s: Security Breach

Meremang bulu roma? Ini belum lagi didengarkan dengan audio 3D di PS5 yang imersif — bakal membuat korang membasahkan seluar.

Call of Duty: Black Ops Cold War

Activision telah mengesahkan bahawa Call of Duty : Cold War Alpha percuma untuk pemain dilancarkan minggu ini di PS4. Saksikan juga gameplay terbaharu daripada single-player story.

Devil May Cry 5 – Special Edition

Capcom akan memberi pilihan antara mod mengutamakan resolusi sehingga 4K pada 30fps dan juga mod mengutamakan kadar frame rate dimana game ini boleh dimainkan pada 120 fps.

Resident Evil 8: Village

Kali ini kita dapat melihat sebuah babak baharu dalam Resident Evil Village (RE8) — game horror-survival di PS5 pada tahun 2021 nanti.

Oddworld: Soulstorm

Oddworld: Soulstorm adalah kesinambungan Oddworld 2014: New ‘n’ Tasty! dan membayangkan semula Oddworld 1998: Abe’s Exoddus. Ia dijadualkan untuk dipasarkan pada tahun 2020 untuk PS4, PS5 dan PC.

Deathloop

Jika korang tidak berjaya pada kali pertama… mati, mati dan mati lagi. Deathloop dianggarkan untuk dilancarkan antara bulan April hingga Jun 2021 di PS5 dan kemudian di PC.

PS5 Showcase – Penutup Tirai

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

99% Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5, Kata Bos PlayStation

Football Manager 2020, Watch Dogs 2 Kini Percuma Di Epic Games Store

Football Manager 2020, Watch Dogs 2 Kini Percuma Di Epic Games Store