in , , , , , , ,

Saksikan Semua Trailer Game Yang Ditunjukkan Di DC Fandome 2021

DC FanDome 2021 mengadakan acara penstriman kepada peminat tegar DC Comics malam tadi — merangkumi filem, rancangan televisyen, video game dan komik terbesar yang bakal hadir pada tahun berikutnya.

Antara yang ditampilkan adalah The Batman, Black Adam, Peacemaker, Suicide Squad: Kill the Justice League dan banyak lagi trailer yang dipaparkan buat pertama kali kepada peminat.

Strim yang berlangsung selama 4 jam ini penuh dengan informasi dari pembangun, pengarah dan pelakon dari siri tersebut, serta menunjukkan di belakang tabir dan ulasan yang membuat peminat lebih teruja dengan pengumuman yang dibuat.

Berikut ialah game-game yang tampil dalam acara DC Fandome 2021.

Suicide Squad: Kill The Justice League

Game terbaru Suicide Squad baru dinanti-nantikan oleh Rocksteady Studios kembali lagi, memberi gambaran terbesar mengenai kisah, watak dan tema game ini.

Ikuti geng Suicie Squad menumpaskan hero yang disanjung tinggi… tetapi jadi jahat? Buli orang jahat *rip Penguin*? So adakah mereka orang baik kerana cuba menumpaskan orang yang jahat?

Suicide Squad akan diterbitkan pada tahun 2022 di PC, PS5 dan Xbox Series.

Gotham Knight

Trailer terbaru yang mengagumkan menampilkan watak antagonis besar — Court of Owls, sebuah organisasi rahsia elit di Gotham yang sentiasa melihat gerak geri Batman.

Diselubungi aura yang misteri dan mengerikan, pemain boleh bermain antara 4 watak hero dari Gotham– Nightwing, Batgirl, Robin, dan Red Hood, menumpaskan organisasi gelap ini. Gotham Knights akan diterbitkan pada tahun 2022 dan tiada lagi tarikh yang tetap.

DC Heroes & Villians

DC Heroes adalah sebuah puzzle RPG game di platform di Android & iOS — dibintangi oleh hero-hero dan penjahat dari francais DC. Dapatkan hadiah eksklusif semasa pelancaran dengan pra-daftar sekarang di laman web rasmi.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Day Before Akan Dilancarkan Pada Jun 2022 Untuk PC, Turut Umum Untuk PS5, Xbox Series

Game Adaptasi Squid Game? Netflix Tak Tolak Kemungkinan