Masih ingat lagi game Final Fantasy VII yang korang main di PS1 dulu? Screenshot terbaru ini pasti menitiskan air mata! Kingdom Hearts III juga tak kurang hebatnya!
Tetsuya Nomura telah menunjukkan beberapa screenshot Final Fantasy 7 Remake dan Kingdom Hearts III di Monaco Anime Game International Conference (MAGIC) 2017.
Bandingkan moment Final Fantasy VII ini 20 tahun lalu dan sekarang!


Kita juga boleh melihat yang gameplay kali ini kelihatan lebih tangkas daripada Final Fantasy VII asal yang lebih statik dimana sistem turn-based digunakan. User Interface Final Fantasy VII Remake juga kelihatan agak berbeza dari game asal yang kini menggunakan active battle system.
Sebuah screenshot Kingdom Hearts III juga telah di tunjukkan. Kingdom Hearts III pertama kalinya dilihat di E3 2013 dan masih berada dalam progress pembikinan.
Sehingga E3 tahun ini, Kingdom Hearts III akan membuat sneak peak kali ke-4. Dengan harapan kali ini terdapat tarikh muktamad bagi ke dua-dua game akan diumumkan.
Comments
Loading…