in , ,

Saksikan Red Dead Redemption 2 Dimainkan Dalam VR

Red Dead Redemption 2 merupakan sebuah game open-world yang sangat indah. Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!? kami cukup memuji sinematografi yang disajikan dalam game ini.

Namun, pernah tak korang bayangkan bagaimana sekiranya game terbitan Rockstar Games ini dimainkan dalam pandangan first-person serta dalam bentuk virtual-reality (VR)? Tentunya keindahan game ini dapat dilihat dengan lebih dekat.

Semua itu boleh dicapai kerana seorang modder, LukeRoss telah mencipta satu mod yang membenarkan game koboi itu dimainkan dalam VR. Sekiranya korang mempunyai PC, headset VR dan kelengkapan lain untuk bermain VR, korang boleh belanjakan USD10 (sekitar RM41) untuk mendapat akses kepada mod ini di Patreon.

Untuk korang yang nak tonton sahaja bagaimana rupanya game ini dimainkan dalam VR, korang boleh layan video yang dimuat-naik oleh Virtual Reality Oasis di Youtube:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Netflix Sedang Menghubungi Individu Penting Industri Gaming Untuk Bantu Bikin Game

Pencipta Uncharted, Amy Hennig Sedang Bikin Game Action-Adventure Bersama Veteran Industri Gaming Lain