Kalau pembangun-pembangun game lain, mungkin kita akan mendapat satu game yang “downgrade” sekiranya ia membisu selama ini. Tetapi, itu bukan kesnya dengan Final Fantasy VII Remake.

Pada 2015, Square Enix telah memperlihatkan trailer pertama Final Fantasy VII Remake. Kemudian, game ini masuk ke dalam development hell selama lebih daripada tiga tahun, dan baru beberapa hari lalu, akhirnya mereka telah mengeluarkan trailer terbaru.

Daripada apa yang dapat kita lihat apabila membandingkan dua trailer ini, kelihatan grafik dan animasi game ini bertambah baik. Model untuk Cloud nampak lebih matang, wajah bentuk badan Barret nampak lebih terperinci, dan Biggs serta Jessi mempunyai potongan rambut baru.

Selain itu, UI semasa kombat juga terdapat beberapa penambahbaikan.

Korang boleh saksikan perbezaan dua trailer ini dalam video yang disediakan oleh Cycu1 di bawah:

Square Enix akan berkongsi lebih banyak info lanjut tentang Final Fantasy VII Remake pada bulan hadapan.

JomKomen!