in , , ,

Saksikan Pembukaan Sinematik Baru FIFA 21 Di PS5 – Meremang Bulu Roma

Antara pembaharuan yang bakal ditampilkan EA Sports dalam FIFA 21 untuk PS5 dan Xbox Series ialah babak pembukaan sinematik ketika sebelum memulakan perlawanan.

Terkini, mereka telahpun memperlihatkan babak tersebut dalam satu video terbaharu.

Babak ini dimulakan dengan memaparkan perkarangan luar stadium Anfield semasa Liverpool menentang PSG. Kemudian, ia menunjukkan Jurgen Klopp dan para pemain Liverpool turun dari bas, masuk ke dalam bilik persalinan, pemain berbaris di dalam terowong sebelum keluar ke padang, Trend Alexander-Arnold menyentuh papan keramat ‘This Is Anfield’ dan akhirnya keluar ke padang sambil berkumandangnya nyanyian You’ll Never Walk Alone oleh para penyokong —

Keseluruhan video dinaratifkan oleh seorang kanak-kanak dari Liverpool yang memasang impian untuk bermain di atas padang itu suatu hari nanti.

Jom tonton:

Versi kemaskini FIFA 21 untuk PS5 dan Xbox Series akan dilancarkan pada 4 Disember ini. Pemain yang sudah membelinya di PS4 atau Xbox One, akan mendapat naiktaraf ke konsol generasi seterusnya secara percuma.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Rakam Suara Reaksi Pemain Pada Saat Berjaya Dapatkan Sesuatu Trophy

The Mandalorian Dan Grogu Mungkin Akan Dibawa Masuk Ke Fortnite