Beat Saber boleh dikatakan game yang “wajib” untuk para pemain dapatkan sekiranya membeli PlayStation VR. Sejak dilancarkan pada November 2018, ia mendapat sambutan yang hangat.

Game ini merupakan seperti gabungan antara game Guitar Hero dan Star Wars (memegang lightsaber), dalam persekitaran realiti maya (VR). Semestinya para peminat Star Wars mahukan game ini dimainkan oleh salah seorang pelakon filem Star Wars yang cukup digemari ramai, iaitu Ray Park yang membawakan watak Darth Maul dalam filem Episode 1: The Phantom Menace.

Kini, semua impian kita telah tercapai selepas Park memuatnaik aksi beliau bermain Beat Saber di PS4 melalui laman Instagram-nya. Korang boleh saksikannya di bawah:

https://www.instagram.com/p/Bs2L5zuF-xU/?utm_source=ig_web_copy_link

JomKomen!