in , , ,

Saksikan Norman Reedus Sebagai Protagonis Utama Dalam Trailer Terbaru Death Stranding

10 markah diberikan kepada sesiapa yang faham trailer ini.

??????????????

Anda tentu sudah maklum game terbaru oleh Hideo Kojima bertajuk Death Stranding yang masih lagi menjadi tanda tanya kebanyakkan orang – apa kejadahnya sinopsis cerita game ini?

Namun tanpa apa-apa penjelasan, trailer terbaru selama 8 minit iaitu trailer paling lama dipersembahkan dalam sejarah The Game Awards menampilkan protagonis bernama Sam dimainkan oleh Norman Reedus dalam atmosfera baru bersama karakter lain.

Anda boleh lihat trailer Death Stranding di bawah:

Asyik-asyik mempersembahkan trailer cinematic sahaja? Mana pula video gameplay berbentuk game aksi open-world yang lain daripada yang lain dan dipacu oleh enjin Decima?

Jangan risau kerana bos PlayStation Mark Cerny mendedahkan Death Stranding disahkan sudah boleh dimainkan apabila ditanyakan semasa persidangan PlayStation Experience baru-baru ini.

Menurut Cerny pula, beliau bermain selama 4-5 jam untuk benar-benar memahami apa maksud sebenar game ini sebenarnya.

Selain itu, Kojima turut menambah sedikit info bahawa babak dalam trailer baru yang menunjukkan watak Reedus tenggelam dalam air sudah boleh dimainkan oleh orang dalaman sekarang.

Buat masa kini, tiada lagi tarikh rasmi untuk Death Stranding tetapi Kojima sendiri berkata game misteri ini mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan sebelum tiba masa Tokyo Olympics 2020.

Death Stranding dibintangi oleh barisan pelakon dari The Walking Dead, Norman Reedus dan pelakon terkenal dengan watak Hannibal Lecter, Mads Mikkelsen serta penampilan khas dari pengarah filem Hollywood, Guillermo del Toro. Death Stranding akan dilancarkan khas untuk PS4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

A Way Out: Korang Hanya Perlu Beli Satu Salinan Sahaja Untuk Main Co-Op Online Bersama Rakan

Game Terbaru Tomb Raider Akan Didedahkan Semasa ‘Acara Utama’ Pada Tahun 2018