in , ,

Saksikan Goku Mengganas Dalam Dunia Grand Theft Auto V

Kaa mee haa mee haaaa…!

Apa? Korang rasa Goku dalam Dragon Ball FighterZ atau Dragon Ball Xenoverse 2 belum cukup untuk memuaskan jiwa Super Saiyan korang?

Jangan bimbang. Korang boleh lepaskan segala kuasa yang ada dalam diri Goku ke dalam Grand Theft Auto V pula. Pasukan modding GTA JulioNIB telah mengeluarkan skrip baru yang membawakan kesemua kuasa Goku ke dalam GTAV.

Menurut Kotaku, skrip tersebut hanyalah untuk UI, manakala untuk model sebenar karakter ini, korang boleh dapatkannya di sini.

Jangan terkejut, mod ini korang boleh belinya dengan harga USD100. Ya, korang bacanya dengan betul.

Kalau rasa tak mampu nak beli dan cuba mod yang memang gempak ini, korang layan ajelah video di bawah, menyaksikan Goku membawakan kemusnahan ke Los Santos.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Terengganu E-Sports Games 2018 – Bukti Industri Esports Pantai Timur Makin Maju!

Kumpulan Video Game Amerika Sahkan Trump Akan Berjumpa Untuk Bincang Tentang Keganasan