in , , , , ,

Saksikan Gamer OKU Ini Bermain Gran Turismo Sport Menggunakan Mulut

Apa alasan korang untuk tidak melakukan aktiviti kegemaran korang?

Alvaro Blanco merupakan seorang peminat tegar siri Gran Turismo. Beliau menghidap Tetraplegia selepas saraf tunjagnya terkesan akibat kemalangan motosikal.

Namun semua itu tidak menghalangnya sama sekali untuk terus menjadi gamer dan pelumba dalam GT Sport, game perlumbaan kereta, eksklusif di PS4.

Kini, Blanco menggunakan controller khas yang dikenali sebagai Quadstick¬†— yang mana beliau hanya perlu menggunakan mulut untuk menggerak dan mengawal keretanya dalam game tersebut. Controller ini berfungsi dengan cara menolaknya ke atas untuk menekan minyak, menolak ke bawah untuk brek, menolak ke kiri dan kanan untuk mengawalnya sama seperti joystick.

Blanco telahpun memulakan channel Youtube yang diberi nama TETR4 PLAYER dan telah mendapat perhatian serta pengikut yang ramai dalam masa beberapa bulan — sehingga menerpa ke telinga pencipta Gran Turismo sendiri, Kazunori Yamauchi.

Polyphony Digital telah dedikasikan kisah Blanco dalam satu video yang korang boleh tontonnya di bawah:

Gaming itu indah, gaming itu kehidupan.

Terima kasih, GT Planet.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Sedang Mengambil Pekerja Baru Untuk Projek “Penceritaan Sinematik Untuk Bab Seterusnya”

Sony “Bodoh” Sebab Tak Hadir Ke E3 2019, Kata Penganalisis Ini