in , , , , ,

Saksikan Gameplay Terbaru No Straight Roads, Bersama Penerangan Wan Hazmer, Karakter Jahat Ikan Duyung Didedahkan

Acara digital Guerrilla Collective sedang berlangsung selama tiga hari pada ketika ini. Pada hari kedua yang berlangsung malam tadi, Metronomik turut telah berkongsikan gameplay dan butiran terbaharu tentang game pertama mereka, No Straight Roads.

Trailer gameplay berserta penerangan daripada pengasas Metronomik dan pengarah game ini, Wan Hazmer, berdurasi 3 minit telah dimuat-naik.

Video dimulakan dengan sekali lagi mengingatkan tentang kehadiran couch co-op dalam game ini. Wan Hazmer mengatakan pemain akan bertukar-tukar menggunakan antara Mayday (pemain gitar) dan Zuke (pemain dram) apabila bermain secara single-player. Sekiranya bermain secara couch co-op bersama rakan atau ahli keluarga, salah seorang pemain akan bermain sebagai Mayday atau Zuke.

Kemudian, beliau menyebutkan serba sedikit tentang premis jalan cerita — iaitu kedua-dua mereka ini akan menubuhkan satu kumpulan rock bagi menentang pemerintahan muzik EDM, No Straight Roads yang korup, yang telah mengharamkan segala bentuk muzik rock dalam Vinyl City.

Seterusnya, beliau menunjukkan antara objektif para pemain dalam game ini — iaitu para pemain akan cuba mengganggu dan merampas setiap persembahan konsert yang berada di bawah NSR yang merangkumi pelbagai genre muzik, dan mengalahkan mereka.

Kemudian beliau telah memperlihatkan satu karakter baharu yang belum pernah didedahkan sebelum ini — iaitu Sayu’n, seorang yang kelihatan seperti seorang (seekor?) ikan duyung. Walaupun Sayu’n kelihatan seperti karakter yang baik dan peramah, ia adalah satu karakter jahat.

Korang boleh tonton video terbaharu ini di bawah:

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun di Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta orang kanannya untuk game ini ialah Daim Dziauddin, bekas concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Switch. Tarikh pelancarannya sepatutnya pada hujung Jun ini, namun telah ditunda, dan masih belum ada tarikh baharu.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Peminat Sedang Berteori Konspirasi Yang Para Penyampai Acara Pertama PS5 Adalah CGI

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu - Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu – Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person