Seperti dijanjikan, Sony dan Guerrilla Games telah memperlihatkan gameplay pertama untuk Horizon Forbidden West dalam State of Play yang berlangsung awal pagi tadi.
Seperti dijangka, sekuel kepada Horizon Zero Dawn telah membuatkan ramai pemain sudah tidak sabar menantikannya melalui gameplay yang cukup mengagumkan ini.
Lebih 14 minit gameplay tanpa gangguan telah dikongsikan, memaparkan bermacam pembaharuan yang dibawakan. Lokasi tepi pantai tropika, mekanisme berenang, kehadiran hidupan-hidupan laut sebesar bujang senang, beberapa haiwan darat baharu seperti mammoth, keupayaan musuh menunggang machine dan banyak lagi.
Kemudian, 5 minit terakhir membawakan Pengarah, Mathijs de Jonge, dan Pengarah Naratif, Ben McCaw menerangkan apakah ciri-ciri baharu yang diperlihatkan dalam gameplay tersebut.
Paling menarik dalam video gameplay ini adalah gajet baharu yang boleh membuatkan Aloy bergerak seakan Spider-Man, serta teknologi hologram seperti glider dalam The Legend of Zelda: Breath of the Wild.
Tentunya, melalui keupayaan PS5, grafik yang disajikan cukup memukau. Jom layan:
Horizon Forbidden West akan dilancarkan untuk PS5 dan PS4, namun buat masa ini, Guerrilla masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya.
Comments
Loading…