Siapa yang tidak kenal dengan Adnan bin Saidi atau lebih tersohor sebagai Leftenan Adnan?

Anak kelahiran Selangor ini merupakan hero yang dijulang tinggi di kedua-dua negara berjiran, Malaysia dan Singapura, selepas peristiwa cukup membanggakan apabila beliau memimpin 42 platun dari Rejimen Askar Melayu dalam Pertempuran Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura pada tahun 1942 — mempertahankan pulau itu dari kemaraan pantas askar Jepun semasa permulaan Perang Dunia Kedua.

Terbaru, kisah epik dan keperwiraan Pertempuran Bukit Candu akan diabadikan dalam sebuah game virtual reality (VR) yang dibangunkan oleh anak tempatan. Dibangunkan oleh dua pelajar Multimedia University, iaitu Caleb Yong dan Adnan Jazlan, game ini masih lagi dalam pembangunan awal. Kata mereka, game ini sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam platform Steam.

Diberikan judul ‘Chandu: The Malay Regiment’, game ini merupakan game eksklusif untuk VR, maka pemain perlu bermain menggunakan headset VR controller khas VR sepanjang masa.

Korang boleh saksikan video gameplay di bawah, yang mana ia masih lagi dalam pembangunan awal:

Ketika dihubungi JomGaming, salah seorang pembangun, Caleb Yong memberitahu bahawa mereka tidak menyangka game ini akan mendapat perhatian sebesar ini, selepas beberapa gambar game ini dinaikkan di laman Facebook Cyberjaya Community. Kata beliau lagi, mereka akan berkongsikan lebih lanjut tentang game ini dalam masa terdekat.

Amazing PC game featuring Malaysia’s own World War 2 hero Lt. Adnan produced by Multimedia University students. Saw this during the Kre8tif Conference & Content Festival 2019 at Cyberview Resort a few days ago.

Posted by Cyberjaya Community on Sabtu, 7 September 2019

Kami di JomGaming tidak sabar untuk mengikuti perkembangan game ini dan berharap agar pembangunan game ini berjalan lancar serta digilap dengan sebaik mungkin.

Tidak sabar untuk bermain sebagai salah seorang hero teragung Malaya mempertahankan tanah air tercinta!

Kredit gambar: Cyberjaya Community.

JomKomen!