Saksikan Gambar-Gambar Pertama Siri The Witcher Di Netflix, Memperlihatkan Geralt, Yennefer & Ciri

Netflix telah berkongsikan beberapa gambar pertama daripada siri adaptasi The Witcher yang akan dikeluarkan ke platform streaming itu tidak lama lagi.

Dalam 11 gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan karakter Geralt (Henry Cavill), Yennefer (Anya Cholatra) dan Ciri (Freya Allan) dengan kostum yang lengkap, serta poster rasmi turut didedahkan. Korang boleh lihatnya di bawah:

Bagi korang yang tidak tahu, siri yang bakal dikeluarkan ke Netflix ini mengadaptasi The Witcher dari buku novelnya, bukan dari video game yang dibangunkan oleh CD Projekt Red. Di bawah ialah sinopsis siri ini yang dikeluarkan oleh Netflix (tanpa terjemahan):

Based on the best-selling fantasy series of books, The Witcher is an epic tale of fate and family. Geralt of Rivia, a solitary monster hunter, struggles to find his place in a world where people often prove more wicked than beasts. But when destiny hurtles him toward a powerful sorceress, and a young princess with a dangerous secret, the three must learn to navigate the increasingly volatile Continent together

The Witcher dijangka keluar di Netflix antara Oktober hingga Disember tahun ini. Ia merupakan siri yang mempunyai lapan episod, dan setiap satunya berdurasi satu jam.

JomKomen!