in , , , ,

Saksikan Exodus, Filem Pendek Battlefield 2042, Kisah Permulaan Perang Besar

Seperti dijanjikan, EA dan DICE telah memperlihatkan sebuah filem pendek yang berada dalam universe Battlefield 2042.

Dalam filem pendek ini, kita dapat saksikan bagaimana watak utamanya, Irish, pemimpin kepada gerakan No Pats, menjadi titik utama dan permulaan kepada peperangan berskala besar pada tahun 2042.

Jom layan filem CGI berdurasi 9 minit yang cukup cantik ini:

Bagi yang pernah bermain story dalam Battlefield 4, tentunya mengingat watak Irish. Nampaknya DICE telah membawa semula watak ini — kini sebagai salah satu Specialist yang dalam online multiplayer kelak.

Nama penuhnya adalah Kimble “Irish” Graves yang akan mempunyai Specialty: Fortification System, yang membawakan DCS Deployable dan APS-36 Shootdown Sentinel.

Seperti yang ramai sudah pun tahu, Battlefield 2042 tidak akan menampilkan sebarang story campaign. Walau bagaimanapun, EA dan DICE bakal membawakan kisah latar belakang (lore) untuk game ini dalam pelbagai bentuk — filem pendek Exodus ini antaranya.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas Pembelian Crunchyroll, Sony Dilaporkan Akan Masukkan Anime Dalam Langganan PlayStation Plus

Ragnarok X: Next Generation: Kemaskini Pet System Kini Dilancarkan – Tangkap Dan Jaga Haiwan Comel