Adakah anda sudah bersedia?
Capcom mengacah lagi peminat Monster Hunter dengan trailer baru memaparkan tiga raksasa gergasi yang pernah muncul dalam dunia Monster Hunter sebelum ini.
Pemburu akan menentang kuasa dengan Kushala Daora, raksasa yang dilitupi seluruh badan dengan plat besi dan berkebolehan untuk menjana puting beliung bagi menolak pemburu. Raksasa kedua, Teostra boleh membuatkan pemburu akan terperangkap dalam kepanasan api menjulang Teostra jika tidak berjaga-jaga. Satu lagi raksasa adalah Dodogama, pemakan batu yang mempunyai air liur unik yang boleh mengunyah batu sehingga menjadi letupan besar, satu campuran berbahaya yang diludahkan kepada pemburu.
Anda boleh saksikan trailer Elder Dragons di bawah:
Kandungan DLC percuma turut didedahkan pada akhir trailer ini iaitu kedatangan kembali raksasa Deviljho.
Kepada yang belum berkesempatan untuk merasa beta Monster Hunter: World, ini adalah peluang keemasan anda kerana beta terakhir untuk PS4 akan bermula pada 19 Januari (pukul 10 pagi) sehingga 22 Januari (pukul 10 pagi). Beta terakhir masih mengekalkan quest memburu sebelum ini iaitu Great Jagras, Anjanath dan Barroth tetapi kali ini, menambah lagi raksasa baru iaitu Nergigante.
Monster Hunter: World akan dilancarkan terlebih dahulu untuk PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2017. Namun, pengguna PC harus tunggu terlebih dahulu kerana versi PC akan dijangka bakal tiba pada musim luruh tahun ini.
Comments
Loading…