Apalah gunanya menutup tirai tahun ini tanpa menyaksikan gol-gol terbaik yang dijaringkan dalam FIFA 17, ya tak?
EA Sports telah mengeluarkan barisan “Goal of The Year” yang dijaringkan oleh para pemain FIFA 17. Menambah rencah kepada gol-gol yang sememangnya sudah mengagumkan ini, ia dihiasi dengan reaksi menghiburkan oleh pengulas beIN Sports dan juga bekas pemain Newcastle, Ray Hudson.
Sepakan rabona, scorpion kick, gelecekan memukau dan free-kick yang tidak masuk akal adalah antara jaringan yang cukup menakjubkan dalam video berdurasi 2 minit ini. Jom layan:
Dalam kisah siri game ini yang lain pula, jom baca mengenai kisah di sebalik bagaimana idea francais FIFA ini pernah ditolak EA pada tahun 1991.
Comments
Loading…