Anda pasti tak sabar-sabar untuk main game Horizon: Zero Dawn ini kan? Saya pun!
Horizon: Zero Dawn mengambil latar belakang 1,000 tahun ke masa hadapan di mana tamadun moden digantikan dengan kehidupan zaman lama iaitu memburu makhluk robotik (bukan haiwan biasa!) dan mengumpul bahagian-bahagian robot. Anda akan memainkan watak utama, Aloy seorang pemburu dan pakar dalam busur (ala-ala Legolas) dalam action role playing game ini.
Video gameplay ini menampilkan pelbagai komponen Aloy dalam stealth combat mode untuk tidak dikesan secara mudah oleh musuh, radar yang menonjolkan kelemahan robot, crafting materials dan crafting system untuk membuat senjata seperti bows dan arrows serta armor. Tambahan lagi, video ini menerangkan sedikit tentang skill tree membantu combat Aloy.
Dilihatkan lebih terperinci dalam video ini, sistem combat amat menarik seperti Far Cry 3 dalam versi third-person shooter dan grafik game menggunakan enjin Decima yang sangat cantik serta eksplorasi RPG ala-ala Skyrim. Photo mode juga akan termasuk dalam game ini jadi anda bolehlah share gambar banyak-banyak!
Did we mention #HorizonZeroDawn has a photomode? pic.twitter.com/n0yCdVPwj0
— Guerrilla (@Guerrilla) January 30, 2017
Horizon: Zero Dawn antara game yang dinanti-nantikan untuk Februari ini. Game ini bakal diterbitkan pada 28 Februari 2017 khas untuk PlayStation 4
Comments
Loading…