Semua pemain Fall Guys mempunyai arena yang mereka suka dan mahir, serta ada juga arena yang mereka tidak suka. Namun, kita semua boleh setuju bersama bahawa arena yang paling susah ialah Slime Climb.
Meletakkan bilangan pemain ramai sehingga membuatkan karakter semuanya berlaga-laga, halangan yang mencabar dan sempit, serta bahagian lantai yang semakin menghilang mengikut masa — semua ini membuatkan penulis sendiri masih belum pernah melepasi Slime Climb.
Apa yang menarik ialah pemain Rocket League terkenal, Lethamyr telah mencipta semula Slime Climb dalam game bola sepak-kereta itu. Korang boleh saksikan mod yang telah beliau cipta setakat ini di bawah.
Walaupun mod ini masih belum siap sepenuhnya, ia sudah menyerupai Slime Climb dengan begitu baik. Beliau merancang untuk menambah lebih banyak platform dan halangan bergerak, serta bola ikonik Rocket League yang ditembak dari meriam, sama seperti Slime Climb dalam Fall Guys. Malah, versi akhir mod ini nanti tidak akan mempunyai boost untuk menambah kesukarannya.
Tak sabar untuk kita saksikan bagaimana rekaan semula ini akan dibentuk oleh Lethamyr.
Comments
Loading…