Dalam sidang media Square Enix di E3 2019, mereka telah memperlihatkan aksi dalam Marvel’s Avengers buat kali pertama.

Trailer terbaru ini memaparkan aksi lima hero asal Avengers – Captain America, Iron Man, Thor, Hulk dan Black Widow – bertempur bagi menyelamatkan bandar. Game ini merupakan sebuah game yang memainkan misi secara single-player ataupun co-op dalam persekitaran cinematic campaign.

Sehingga empat orang pemain boleh squad-up secara online, yang mana tiada loot box yang rawak ataupun konsep pay-to-win. Semua DLC, Hero baru atau kandungan baru lain akan datang tidak akan mengenakan sebarang caj.

Antara pelakon suara terkenal yang diumumkan akan tampil ke dalam game ini ialah para pelakon suara The Last of Us Part II, antaranya Troy Baker, Nolan North dan Laura Bailey.

Game ini turut mendedahkan yang para pemain PS4 akan mendapat beberapa kelebihan unik berbanding di platform lain seperti sesi beta lebih awal.

Jom layan trailer ini:

Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 15 Mei 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

JomKomen!