Metronomik telah membawakan demo No Straight Roads ke beberapa acara gaming untuk dicuba oleh umum.

Versi demo ini akan memaparkan sedikit babak sinematik pada awal, sebelum pemain dibawa ke gameplay tutorial bagi mengajar pemain gerakan-gerakan asas, seterusnya membawakan satu pertempuran bos yang pernah kita saksikan sebelum ini.

Korang boleh saksikan demo berdurasi 23 minit di bawah, dimuat-naik oleh JVFrance dari acara Gamesom 2019:

 

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta Daim Dziauddin, concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada awal tahun 2020 untuk PC dan PS4.

JomKomen!