in , , , , ,

Saksikan 20 Minit Gameplay Life is Strange 2 Berlatarbelakangkan Seattle

Semalam, Dontnod telah mengeluarkan satu trailer yang memperkenalkan kita buat kali pertama siapakah watak-watak utama yang bakal menjadi teraju dalam Life is Strange 2.

Terbaru, bersempena acara Gamescom 2018 yang sedang berlangsung sekarang di Jerman, mereka telah mengeluarkan sebuah lagi video baru. Kali ini, ia memperlihatkan 20 minit gameplay!

Menggunakan lokasi baru, iaitu di Seattle, dan bukan lagi Arcadia Bay, korang boleh saksikannya di bawah:

Life is Strange 2 akan menampilkan 5 episod, yang mana episod pertamanya akan dikeluarkan pada 27 September ini, untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Akan Dilancarkan Pada Akhir Tahun 2019, Tapi Dengan Satu Syarat Ini, Kata Penganalisis Jepun

“Sesuatu Yang Baru” Bakal Diumumkan Untuk Xbox Oleh Microsoft Pada Hari Ini