Salah satu tarikan utama yang dibawakan ke dalam FIFA 20 nanti ialah mode terbarunya Volta Football. Sekiranya korang tidak pernah dengar lagi, mode ini akan membawakan semula gameplay seperti FIFA Street yang pernah popular suatu ketika dulu.

Kini, beberapa video gameplay untuk Volta telah dimuatnaik. Dalam artikel ini, korang akan dapat tonton dua video.

Pertama, memaparkan babak sinematik serta gameplay story mode dalam Volta, memperkenalkan apa itu Volta kepada pemain. Korang boleh tontonnya di bawah (via IGN):

Di bawah ini pula ialah gameplay bukan dari story mode, yang mana kali ini memperlihatkan perlawanan 5v5 antara Manchester United dengan Tottenham Hotspurts (via Gamespot). Jom layan:

FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!