in , , , , ,

Saksikan 2 Trailer Terbaru Watch Dogs: Legion, Akan Dilancarkan Pada Oktober Ini

Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi telah dimulakan dengan berkongsikan perkembangan terkini untuk game open-world bertemakan hacking yang dinantikan ramai itu.

Dua video trailer Watch Dogs: Legion telah diperlihatkan, yang mana trailer pertama ialah filem pendek yang diarahkan oleh Alberto Mielgo, memperkenalkan dunia distopia London yang akan dibawakan ke dalam game ini.

Trailer kedua pula ialah trailer overviu yang memperkenalkan kepada pemain beberapa gameplay yang boleh dilakukan dalam Watch Dogs: Legion. Kita dapat lihat bagaimana setiap manusia yang ditemui dalam game ini adalah potensi rekrut untuk dijadikan sebagai salah seorang ahli Resistance. Setiap rekrut ini akan memiliki latar belakang cerita dan gameplay yang berbeza.

Watch Dogs: Legion akan dilancarkan pada 29 Oktober 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia, manakala akan dilancarkan ke PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ubisoft Mula Mengacah Far Cry 6, Dibintangi Giancarlo Esposito

Ubisoft Mula Mengacah Far Cry 6, Dibintangi Giancarlo Esposito

Brawlhalla Akan Dilancarkan Ke Mobile Pada Ogos Ini, Menyokong Cross-Play Dengan Semua Platform

Brawlhalla Akan Dilancarkan Ke Mobile Pada Ogos Ini, Menyokong Cross-Play Dengan Semua Platform