in , , , , ,

Saksikan 2 Trailer Sinematik Baru Assassin’s Creed Odyssey, Paparkan Kassandra Dan Alexios Bertempur

Tonton 2 watak ini berperang!

Bersempena dengan acara Gamescom 2018 yang sedang berlangsung di Jerman, Ubisoft telah mengeluarkan 2 trailer sinematik baru untuk Assassin’s Creed Odyssey. Satu trailer memaparkan aksi karakter Kassandra bertempur, manakala satu lagi pula memaparkan Alexios.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, pada permulaan game, pemain dikehendaki memilih salah satu daripada 2 watak yang ada, iaitu Kassandra atau Alexios. Pemilihan watak ini hanyalah berbeza mengikut bentuk fizikal, jantina dan penampilan karakter itu sahaja, dan tidak akan mempengaruhi jalan ceritanya.

Korang boleh saksikan 2 trailer ini di bawah, yang mana ia adalah trailer yang sama, tetapi menukarkan salah satu karakter yang beraksi sahaja:

Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 5 Oktober ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Sesuatu Yang Baru” Bakal Diumumkan Untuk Xbox Oleh Microsoft Pada Hari Ini

Bahagian ‘Search’ Dalam PlayStation Store Nampaknya Bakal Berubah, Boleh Cari Penerbit Dan Genre