Dalam acara Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi, Ubisoft telah memperlihatkan dua trailer baharu untuk Far Cry 6.
Pertama, trailer sinematik yang memaparkan sedikit jalan cerita dan kezaliman watak penjahat utama, Antón Castillo yang dilakonkan oleh Giancarlo Esposito.
Trailer kedua pula berkongsi tentang Season Pass yang akan dibawakan dalam game ini. Buat pertama kalinya dalam sejarah francais, pemain boleh bermain sebagai watak penjahat. Lebih menarik, pemain diberi peluang untuk menggunakan watak-watak penjahat dari siri-siri sebelum ini seperti Vaas, Pagan Min dan Joseph Seed.
Korang boleh saksikan kedua-dua trailer di bawah.
Far Cry 6 akan dilancarkan pada 7 Oktober 2021 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series.
Comments
Loading…