in , , , ,

Saksikan 2 Pancaragam Ini Memainkan Lagu Tema God of War Semasa Waktu Rehat American Football

Satu promosi yang mungkin jarang-jarang kita lihat!

Selain promosi di media-media digital dan papan-papan tanda fizikal, apa lagi cara nak promosikan antara game yang paling ditunggu-tunggu tahun ini? Lakukan persembahan pancaragam semasa waktu rehat American football!

Fiesta Bowl, sebuah perlawanan American football di peringkat kolej yang mana PlayStation menjadi penaja utama, telah melakukan sebuah persembahan pancaragam ringkas memainkan lagu tema God of War akan datang. Ia dimainkan oleh dua pasukan pancaragam, iaitu Husky Marching Band dan Penn State Blue Band.

Korang boleh saksikannya di bawah:

https://twitter.com/Fiesta_Bowl/status/947245958948995073

Di bawah ini pula adalah rakaman yang lebih dekat:

God of War kini masih lagi dalam pembangunan dan tiada lagi tarikh pelancaran. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin tentang tarikh pelancarannya telah tertiris.

JomBaca: Gameplay God of War Akan Mengambil Masa 25-30 Jam Untuk Dihabiskan

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Laporan Tertiris Baru Mengatakan Red Dead Redemption 2 Akan Keluar Pada 8 Jun – Betul Ke Bohong?

Kompilasi Mesej Pesanan Dan Ucapan Sambutan Tahun Baru Oleh Industri Video Game