in , ,

Saksikan 2 Babak Penting Ini Yang Dipotong Netflix Dari Musim 2 The Witcher

Musim kedua The Witcher kini sudah melepasi seminggu tayangan di Netflix. Ketika artikel ini ditulis, ia merupakan siri kedua tertinggi pada minggu ini dalam kalangan penonton Malaysia.

Di sebalik bermacam babak yang disajikan dalam musim terbaharu ini, sebenarnya terdapat dua babak yang sudah disiapkan namun tidak dimasukkan ke dalam suntingan akhir.

Dalam panel The Witcher: Unlocked, iaitu satu perbualan panjang antara barisan penulis dan pelakon membincangkan musim kedua dengan penuh spoiler, Netflix telah berkongsikan dua babak yang dipotong itu.

Amaran, spoiler musim kedua The Witcher di bawah.

Babak pertama adalah pertembungan antara Triss dan Geralt. Geralt sedang mencari di mana Ciri, manakala pula Triss pula berada dalam ketakutan setelah dibawa Ciri ke dalam Dol Durzsa.

Babak kedua pula adalah antara Vilgefortz dan Stregobor. Mereka bertekak serba sedikit mengenai asal usul Vilgefortz serta apa yang berlaku ketika Yennefer menggunakan magik api yang diharamkan itu.

Dalam reviu untuk musim kedua ini, kami mengatakan:

“Musim kedua ini mungkin ada beberapa kekurangan di sesetengah bahagian, namun ia sebenarnya telah mengukuhkan lagi tapak yang telah dipasak melalui musim pertama. Penulis tidak sabar untuk menerokai lagi pengembaran Geralt, Ciri dan Yen dalam meneruskan kelangsungan hidup di Continent yang penuh pancaroba itu.”

Dua musim The Witcher kini boleh distrim di Netflix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

10 Berita Gaming Paling Hangat Dibualkan Pembaca JomGaming Sepanjang 2021

Game MMO Harry Potter Pernah Dibangunkan EA, Tapi Dibatalkan Kerana Tak Yakin Akan Bertahan Lama