Masih keliru bagaimana game yang dikatakan sebagai game muzik tapi bukan sebuah game bergenrekan rhythm? Jom layan gameplay terbaru ini untuk ketahui game ini sebenarnya macam mana!

Di PAX East yang berlangsung di Boston, Amerika Syarikat baru-baru ini, Wan Hazmer telah ditemuramah oleh Gematsu untuk bercakap tentang game No Straight Roads. Dalam temuramah tersebut, Metronomik turut telah memperlihatkan dua video yang memaparkan dua misi berbeza – “Mother and Child” dan “DJ Subatomic Supernova”.

Korang boleh tontonnya di bawah:

Secara ringkasnya, No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV.

No Straight Roads akan dilancarkan pada musim bunga 2019 (sekitar Mac hingga Jun) untuk PC (Steam) dan PS4.

JomKomen!