Seperti yang dijanjikan sebelum ini, CD Projekt Red telah memperlihatkan 15 minit gameplay terbaru dari Cyberpunk 2077.

Berbeza dengan gameplay yang dikongsikan pada tahun lalu, gameplay terbaru ini didatangkan sekali dengan suara latar penerangan yang menjelaskan apakah yang sedang dipaparkan. Antara gameplay yang diperlihatkan ialah:

  • Beberapa Playstyle yang ada untuk para pemain menumbangkan musuh, sama ada karakter yang boleh bertempur dengan gagah atau karakter yang hebat menggodam
  • Memperkenalkan salah satu daerah yang ada, iaitu Pacifica
  • Dua geng yang ada — Animals dan VooDoo Boys
  • Sedikit gameplay bagaimana Johnny Silverhand (Keanu Reeves) menjadi peneman kepada pemain

Jom layan:

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

JomKomen!