in , , , ,

Saksikan 10 Minit Gameplay Pertama Far Cry 6 – Selamat Datang Ke Yara, Pulau Di Caribbean

Seperti dijanjikan, Ubisoft telah memperlihatkan sebuah video berdurasi 10 minit untuk Far Cry 6.

Video dimulakan dengan trailer sinematik, memperlihatkan persekitaran open-world sebuah pulau, digelar Yara, yang terletak di Caribbean.

Kemudian video diteruskan dengan sedikit pengenalan dan penerangan daripada Pengarah Naratif, Navid Khavari — memperkenalkan latar belakang, beberapa ciri dan gameplay yang disajikan dalam game ini kelak.

Seterusnya, video membawa pemain berkenalan dengan protagonis yang pemain akan kawal dalam Far Cry 6, Dani Rojas. Dani merupakan seorang askar muda yang telah dibuang, bercita-cita untuk menumbangkan pemerintahan kuku besi Anton Castillo (Giancarlo Esposito) melalui revolusi.

Sepanjang memercikkan revolusi ini, Dani akan dibimbing oleh seorang pakar perang gerila, Juan Cortez.

Dalam video ini juga, tarikh pelancaran Far Cry 6 telah didedahkan, iaitu pada 7 Oktober 2021 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series.

Jom layan video ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Populariti Among Us Bagaikan Durian Runtuh

Game Percuma Epic Games Store Minggu Ini Among Us, Satu Lagi Game Misteri Minggu Depan

Kemaskini Genshin Impact 1.6 – Mengembara Bersama Klee Dalam Midsummer Island Adventure