Metronomik telah hadir ke rancangan IGN LIVE semasa E3 2019 untuk memperlihatkan gameplay terbaru No Straight Roads.

Dalam gameplay terbaru ini, kita dapat saksikan watak utamanya, Mayday bersama drummer-nya bertarung dengan bos yang pada akhirnya ada pertempuran di dalam lohong hitam. Jom layan:

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV, serta Daim Dziauddin, concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada awal tahun 2020 untuk PC dan PS4.

JomKomen!