in , , ,

Saiz Ruang Yang Diperlukan Untuk Install Red Dead Redemption 2 Adalah 105 GB!

Korang tak perlu baca tajuk di atas dengan banyak kali kerana percayalah, apa yang korang baca itu adalah benar.

Red Dead Redemption 2 akan memerlukan ruang storan sebesar 105 GB di PS4. Xbox One mungkin akan mempunyai saiz yang berbeza, namun pastinya tidak jauh dengan apa yang akan digunakan di PS4 ini.

Rockstar Intel telah menemui poster yang dimuatnaik oleh kedai di Amerika, Target. Poster untuk bundle Red Dead Redemption 2 tersebut mendedahkan beberapa info penting tentang apa yang ada dalam game itu di PS4.

Selain saiz game tersebut, antara info yang dapat diketahui ialah jumlah pemain maksimum dalam Red Dead Online, iaitu seramai 32 pemain, lebih sedikit berbanding GTA Online yang menawarkan jumlah 30 pemain dalam satu-satu server.

Di samping itu, terdapat “kandungan online terpilih” yang akan menjadi eksklusif untuk PS4 dalam masa 30 hari. Apakah kandungan tersebut, masih belum diumumkan.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober ini untuk PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Akhirnya Terbuka Pintu Hati, Buka Fungsi Cross-Play Antara PS4 Dengan Xbox One Dan Switch

Siri Pertandingan Johor Esport FIFA 19 Challenge Dengan Wang Hadiah RM28,000 Diumumkan!