in , ,

Saiz Fail Untuk Detroit: Become Human Adalah 41.4GB

Persiapkan PS4 korang untuk saiz fail sebesar ini!

Detroit: Become Human merupakan antara game eksklusif PS4 yang sangat dinantikan ramai pada tahun ini. Game yang dibangunkan oleh Quantic Dream ini merupakan sebuah game yang mana setiap keputusan yang kita buat, akan mempengaruhi setiap jalan ceritanya.

Terbaru, menurut laporan GamingBolt, saiz fail untuk Detroit: Become Human adalah 41.4GB. Ini merupakan antara game yang mempunyai saiz fail terbesar oleh game-game pihak pertama Sony.

Jadi, untuk korang yang merancang untuk dapatkan game ini, pastikan ruang PS4 korang cukup untuk install. Nanti tiadalah kelam-kabut pada hari pelancaran.

Detroit: Become Human akan dilancarkan pada 25 Mei ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Syed Saddiq Mahu Kembang Potensi Atlet Esport Melalui Pembangunan E-Stadium

Pesta Leak Game Titles Di E3 Bermula Lagi!