in ,

Saiz Fail Subnautica Di PS5 Dikecilkan 70% Daripada Versi PS4 Disebabkan Teknologi SSD

Daripada berjumlah 14GB di PS4, saiz fail Subnautica telah dikecilkan sehingga 3.5GB untuk versi di PS5.

Pengecilan lebih 70 peratus ini telah berjaya direalisasikan oleh pembangunnya, Unknown Worlds Entertainment menggunakan teknologi solid-state drive (SSD) yang dimiliki PS5, lapor Twisted Voxel.

Melalui penggunaan teknologi pemampatan SSD, data dapat diuruskan dengan lebih efisien, walaupun menampilkan ciri-ciri baharu dan grafik yang lebih baik.

Sony telah mempromosikan kelebihan SSD yang mereka gunakan sejak hari pertama PS5 diumumkan lagi. Subnautica mungkin adalah game pertama dapat kita lihat yang benar-benar memanfaatkan teknologi ini bagi mengurangkan saiz fail.

Ini pastinya satu berita baik untuk semua pembangun dan pemain kerana dengan saiz storan PS5 yang agak kecil, pengecilan saiz fail beberapa game akan membenarkan kita untuk install lebih banyak game di PS5 dalam satu-satu masa.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Returnal: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Game Bethesda Akan Datang, Starfield Dilaporkan Hanya Eksklusif Untuk Xbox/PC