in , ,

Saham Sony Dilaporkan Jatuh Paling Teruk Sejak 2008 Selepas Microsoft Umum Beli Activision Blizzard

Saham Sony dilaporkan telah terjejas sehingga USD20 bilion (~RM84 bilion) selepas Microsoft mengumumkan yang mereka bakal mengambil-alih Activision Blizzard.

Berita ini dilaporkan oleh Bloomberg, yang mana laporan itu menyatakan saham Sony Group Corp. telah jatuh sebanyak 13% di Tokyo, hanya sehari selepas pengumuman pengambil-alihan Activision Blizzard oleh Microsoft yang bernilai USD68.7 bilion (~RM288 bilion) itu.

Kejatuhan ini dikatakan yang paling teruk pernah dialami oleh Sony sejak Oktober 2008.

Pengumuman pengambil-alihan itu telah menggemparkan dunia gaming. Nilai pembelian yang cukup tinggi itu menjadikan ia merupakan pengambil-alihan tertinggi dalam sejarah gaming, memecahkan rekod pengambil-alihan Zynga oleh Take-Two yang baru saja dicatatkan seminggu sebelumnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Baru Horizon Forbidden West Memperkenalkan Carrie-Anne Moss, Angela Bassett

Sony, Microsoft Sahkan Call of Duty Akan Terus Kekal Di PlayStation Kerana Ada Perjanjian Kontrak