in , , , ,

Saham EA Jatuh Selepas Muncul Berita Anthem Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan

EA tetap bangkit.

Berita Anthem ditangguhkan ke tahun hadapan sudah dilaporkan oleh kami baru-baru ini dek kerana banyak lagi perkara perlu diselesaikan untuk BioWare membangunkan game berbentuk online action RPG ala-ala Destiny ini.

Berita penangguhan Anthem ini membawa impak terhadap saham Electronic Arts yang jatuh sebanyak 2.6 peratus.

Ini bukan pertama kali EA menghadapi situasi kejatuhan saham. Sebelum ini, EA berdepan dengan kontroversi sistem microtransactions dalam Star Wars Battlefront II sehingga Disney mengarahkan EA untuk membuang sistem itu buat sementara waktu sebelum tiba hari pelancaran game berkenaan.

Secara asalnya, Anthem akan dikeluarkan pada hujung tahun ini tetapi EA tidak akan menangguhkan game ini sebelum tiba tahun fiskal syarikat pada bulan Mac 2019 iaitu tempoh masa kewangan yang dilihat oleh pelabur.

Walaupun baru sahaja diumumkan tahun lepas di E3, penganalisa menganggarkan Anthem akan terjual sebanyak 9 juta unit.

Setakat ini, EA tidak memberi sebarang komen terhadap berita penangguhan Anthem dan impak terhadap kewangan mereka.

Sumber: CNBC.com

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Newbee & Liquid Ke Grand Final ESL One Genting 2018 – Siapa Bawa Pulang USD160,000 Besok?

Sekolah Umum Di Jakarta, Indonesia Ini Sudah Mula Mengajarkan Subjek Esport