Gamer terbahagi kepada dua jenis: yang suka bermain dalam pandangan first-person dan yang suka bermain dalam pandangan third-person. Dalam Red Dead Redemption 2, bergembiralah semua kerana kedua-dua pandangan ini akan boleh digunakan.
Menurut laporan IGN yang telah mencuba game ini, terdapat setting yang membolehkan para pemain untuk memilih sama ada untuk bermain dalam pandangan first-person atau third-person.
Bermakna, walaupun game ini lebih popular sebagai game yang berpandangan third-person, ia juga boleh dimainkan dari mula sehingga tamat dalam pandangan first-person.
Berbeza dengan Grand Theft Auto V yang membawakan pandangan first-person sedikit lewat, iaitu apabila ia dikeluarkan untuk PS4 dan Xbox One, Red Dead Redemption 2 akan boleh dimainkan dalam pandangan first-person bermula dari hari pertama game ini dilancarkan.
Sesi beta Red Dead Online akan bermula pada November.
Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober untuk PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…